Analisis Perbankan • 2026

Bank Semakin Berhati-hati Meluluskan Pinjaman?

Pertumbuhan pinjaman yang lebih pantas berbanding deposit boleh meningkatkan tekanan terhadap kos dana bank. Jadi, apa maksudnya kepada individu yang mahu memohon pinjaman?

CitiPro ± 4 min bacaan Dikemas kini: 22 September 2026
Perbincangan kewangan dan pinjaman bank
6.1% Pertumbuhan outstanding loans pada Julai 2026 menurut BNM.
5.3% Pertumbuhan pinjaman isi rumah pada Julai 2026.
148.7% Liquidity Coverage Ratio sistem perbankan — masih jauh melebihi keperluan minimum.

Sejak kebelakangan ini, terdapat laporan bahawa tahap pinjaman dalam sistem perbankan meningkat dengan lebih pantas berbanding pertumbuhan deposit. Keadaan ini boleh menyebabkan bank perlu bersaing lebih kuat untuk mendapatkan dana.

Ini tidak bermaksud bank sudah “kehabisan wang”. Tetapi apabila kos dana meningkat, bank mungkin menjadi lebih selective dalam menentukan jenis pinjaman dan profil pelanggan yang ingin dibiayai.

Kenapa deposit penting kepada bank?

Deposit pelanggan merupakan salah satu sumber dana penting kepada bank. Apabila permintaan pinjaman berkembang lebih cepat daripada deposit, persaingan untuk mendapatkan dana boleh meningkat dan seterusnya memberi tekanan kepada kos pembiayaan bank.

Loan meningkat
Deposit lebih perlahan
Kos dana meningkat
Bank lebih selective

Pada masa yang sama, data Bank Negara Malaysia menunjukkan sistem perbankan masih mempunyai liquidity buffer yang kukuh. Jadi keadaan sekarang lebih tepat dilihat sebagai isu kos dan pengurusan dana, bukannya bank tidak lagi mempunyai wang untuk memberi pinjaman.

Semakan dokumen dan perancangan kewangan

Adakah loan sekarang lebih susah lulus?

Tidak semestinya untuk semua orang. Bank masih terus menawarkan personal loan, housing loan dan pembiayaan perniagaan.

Namun, terdapat bank yang sudah menyatakan mereka menjadi lebih selective dalam segmen tertentu. Sebagai contoh, AmBank pada Ogos 2026 menyatakan bahawa ia lebih selective dalam retail lending dan lebih memberi perhatian kepada profil peminjam serta risiko pembiayaan.

Ini menunjukkan bank bukan sahaja melihat berapa banyak pinjaman yang boleh diberikan. Kualiti peminjam juga penting.

Apa yang bank biasanya akan lihat?

Pendapatan & pekerjaan Jumlah pendapatan, kestabilan pekerjaan dan konsistensi pendapatan.
DSR Berapa banyak pendapatan bulanan sudah digunakan untuk komitmen hutang.
CCRIS & CTOS Rekod pembayaran serta maklumat kredit yang berkaitan.
Komitmen sedia ada Housing loan, car loan, personal loan, kad kredit dan komitmen lain.

Setiap bank mempunyai polisi dan risk appetite yang berbeza. Sebab itu dua orang dengan gaji yang sama tidak semestinya mendapat keputusan permohonan yang sama.

Contoh mudah

Katakan seseorang mempunyai pendapatan RM6,000 sebulan, tetapi sudah mempunyai beberapa komitmen:

Contoh komitmen bulanan
Housing loanRM1,500
Car loanRM1,000
Personal loanRM800
Kad kredit / komitmen lainRM700
JumlahRM4,000

Walaupun gajinya kelihatan baik, bank masih perlu menilai sama ada terdapat ruang kewangan yang mencukupi untuk menanggung satu lagi pinjaman.

Sebelum mohon, semak 3 perkara ini

1
Komitmen bulanan Fahami berapa banyak pendapatan anda sudah digunakan untuk membayar hutang.
2
CCRIS & CTOS Ketahui keadaan rekod kredit sebelum membuat permohonan.
3
DSR Anggarkan sama ada anda masih mempunyai ruang untuk mengambil komitmen baharu.

Kesimpulan

Pertumbuhan loan yang lebih pantas berbanding deposit tidak bermaksud bank akan berhenti memberi pinjaman. Namun, dalam keadaan kos dana yang lebih mencabar, bank boleh menjadi lebih berhati-hati dalam memilih pembiayaan dan profil pemohon.

Sebelum bertanya “Bank mana senang lulus?”, lebih baik fahami dahulu sama ada kedudukan kewangan anda sesuai untuk membuat permohonan sekarang.

Tidak pasti kedudukan kewangan anda?

Fahami DSR, komitmen kewangan, CCRIS dan CTOS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai permohonan pembiayaan.

Semak Kelayakan